7 Punca Loan Rumah Sangkut Saat Akhir – Elak Kecewa, Semak Kelayakan Loan Anda

7 Punca Loan Rumah Boleh “Tersangkut” Saat Akhir 😅
Oleh: Bib Faizal

Ramai pembeli rasa lega bila dapat LO (Letter Offer). Hakikatnya? Selagi duit belum release kepada seller, semuanya masih boleh berubah.

1) Terlebih “Excited” Tambah Hutang Baru

  • Upgrade phone
  • Ambil kereta baru
  • Apply personal loan
  • Swipe kad kredit besar

Semua ini naikkan DSR dan bank akan re-check sebelum release duit.

2) Bank Statement Nampak Cantik, Tapi Pattern Tak Stabil

  • Duit masuk tak konsisten
  • Banyak transfer dari akaun lain
  • Income tiba-tiba “cun” 2–3 bulan

Pastikan income stabil sekurang-kurangnya 6–12 bulan.

3) CCRIS / CTOS Ada Missed Payment

  • PTPTN tertunggak
  • Kad kredit lewat bayar
  • Bil telco tertunggak

Walaupun jumlah kecil, tetap beri kesan pada kelulusan.

4) Valuation Lebih Rendah Dari Harga Beli

Bank ikut valuation, bukan harga SPA. Jika valuation rendah, buyer perlu tambah cash sendiri.

5) Dokumen Tak Lengkap

  • IC tak jelas
  • Statement tak cukup muka surat
  • Tandatangan tak sama

6) Isu Legal Rumah

  • Caveat
  • Sekatan kepentingan
  • Strata title belum siap

7) Tukar Kerja / Income Berubah

Perubahan kerja atau gaji ketika proses berjalan boleh menyebabkan bank review semula kelulusan.

📲 Mahu Semak Kelayakan Pinjaman Secara PERCUMA?

Hubungi ejen berdaftar sekarang untuk semakan bajet dan kelayakan anda.

✅ SEMAK KELAYAKAN WHATSAPP SEKARANG